Kurang lebih seminggu lagi umat Islam di negara kita akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan yang pasti kita akan mula berpuasa.
Seiring dengan itu semua hotel di bandar besar akan mula bersaing mempromosikan majlis berbuka puasa di tempat mereka dengan macam-macam gimmick.
Bagi masyarakat bandar terutama warga korporat dan yuppies sudah menjadi trend bagi mereka berbuka puasa di hotel. Kalau tidak, tak ada class!
Tetapi apa yang dimusyukilkan, apakah hidangan berbuka puasa itu HALAL?
Ini kerana berdasarkan statistic terdapat lebih 2 ribu hotel di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.
Dari jumlah itu hanya lebih kurang 600 buah hotel sahaja yang bergabung di bawah persatuan hotel-hotel Malaysia.
Dari jumlah ini pula dikatakan hanya 30 buah hotel sahaja yang mempunyai sijil HALAL dari JAKIM.
Ini bermakna terdapat hampir 1700 buah hotel yang tidak ada sijil HALAL dari JAKIM. Maka timbullah keraguan dan was-was sama ada hidangan makanan yang disediakan itu HALAL!
Dalam situasi ini adalah penting bagi masyarakat Islam menilaikan sendiri sama ada untuk berbuka puasa di hotel.
Sanggupkah kita mempertaruhkan amal ibadat kita dengan berbuka puasa hidangan yang diragui?
Masakan memang masakan Melayu. Tetapi periuk belanga yang digunakan itu adakah 100% bersih dan tidak pernah digunakan memasak makanan yang TIDAK HALAL!
Tepuk dada tanya selera!!
Celupar akan hanya berbuka puasa di majid dan surau meskipun dianggap tak ada class.
2 ulasan:
Umi berbuka dirumah je.Selamat menjalani ibadah puasa sahabat :)
Umi masak pasti sedap tu...!!
Catat Ulasan