Isnin, 14 Jun 2010

Jujur






Dalam industri seni tanah air sejak kebelakangan ini banyak sangat berlaku penyelewengan. Semuanya berpunca kerana tidak jujur. Masing-masing hanya pentingkan diri sendiri, maka berlakulah tindas-menindas serta ciplak menciplak karya semakin menjadi-jadi.

Cuba kau bayangkan sebuah proposal drama disediakan oleh si-penulis 'A', tetapi apabila diluluskan oleh pihak stesyen TV, produser suruh si-penulis 'B' buat skrip tanpa pengetahuan penulis 'A'.

Alih-alih bila program itu keluar kat TV, penulis 'A' tadi terkejut melihatnya. Lalu dihubungi produser bertanya kenapa berlaku begitu.

Si-produser pula pandailah bermain kata-kata dengan bagai-bagai alasan. Kononnya skrip perlu segera disiapkan tetapi tidak dapat hubungi penulis 'A' dan terpaksa minta jasa baik penulis 'B' menulisnya.

Sebenarnya dalam hal ini 'jujur' itu penting. Kalau dah proposal awal disediakan oleh penulis 'A', biarlah dia juga yang menyiapkan kerjanya. Lainlah kalau penulis 'A' tidak sanggup, barulah diberikan kepada penulis lain.