Isnin, 5 Januari 2009

Tutup Hanfon

Sejak Rodzee Razak heboh dalam paper kata nak terbitkan filem Pahlawan Mat Kilai yang mencecah belanja sebanyak RM10 juta, kebelakangan ini hanfon dia terus mati. Berkali-kali aku cuba call, tapi masuk voice mail. Ini maknanya dia tutup hanfon dia.

Boleh dikatakan hari-hari dan tiga atau empat kali sehari aku call, tapi talian hanfonnya terus tutup. Aku pun merasa heran juga kenapa begitu pula jadinya.

Kalau dah nak buat filem besar, let's be open. Bila dah disebarkan di suratkhabar, tentunya kawan-kawan ingin tahu perkembangan selanjutnya. manalah tau...kot-kot kami pun bolehlah tumpang merasa sikit.

Takkanlah dah keluar suratkhabar tak nak kawan-kawan tahu. Orang ramai pun ingin tahu juga perkembangannya. Yalah, filem besar...filem tentang pahlawan Melayu...tentu orang nak tahu.

Kalau tak suka orang ambil tahu, from the first place jangan dihebuh-hebuhkan. Buat filem tu diam-diam...dan terus tayangkan di pawagam.

Filem Budget Besar

Sesuatu yang agak mengejutkan munculnya tahun 2009 ini akan muncul tiga buah filem cereka yang berbajet besar.

Kalau sebelum ini filem 'Puteri Gunung Ledang' yang telah menelan belanja sebanyak RM17 juta adalah merupakan filem yang berbajet besar, tahun tiga buah filem serentak berbajet besar juga. Namun rasanya tidaklah sampai jumlah yang telah dibelanjakan untuk filem Puteri Gunung Ledang itu.

Berita tersebar dengan filem pertama 'Pahlawan Mat Kilau' yang dikatakan akan mencecah belanja sebanyak RM10 juta. Filem epik yang mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu menentang penjajah Inggeris akan memulakan pengambaran pada bulan Mach di sekitar negeri Pahang dan Perak.

Kemudian seminggu selepas itu tersebar pula di facebook yang filem berkaitan Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia akan memulakan pengambaran pada bulan Mach ini juga. Filem ini dijangka menelan belanja sebanyak RM7 juta sahaja.

Dari sumber-sumber yang layak dipercayai, sebuah lagi filem epik sedang menunggu kelulusan pihak FINAS. Filem 'Trajedi Rosli Dhobi' yang berkisarkan perjuangan anak Melayu Sabah menentang penjajahan Inggeris dan akhirnya dia membunuh governor Duncan Steward yang baru tiba di lapangan terbang untuk memulakan tugasnya. Filem ini juga dikatakan akan menelan belanja sejumlah RM7 juta ke atas.

Kita tengok sajalah di pawagam nanti filem mana yang akan mendapat sambutan. Sebab daripada pengalaman lalu, filem-filem seperti Leftenan Adnan dan Embun layu di pertengahan tayangan.

Sabtu, 3 Januari 2009

Filem 'Tun Mahathir'

Sorang sahabat lama aku, Mathias Mohd Ali dan isteri dia Adza Irdawati Adenan baru dapat durian runtuh. Khabar yang jelas tersebar dalam facebook mereka akan terbitkan sebuah filem berdasarkan sejarah Tun Mahathir.

Khabarnya juga skrip filem itu ditulis oleh mereka berdua suami isteri. Filem itu juga akan diterbitkan dibawah syarikat mereka. Nama syarikat tu aku masih blur lagi, tapi dengar-dengar macam bunyi Mathias Productions. Lebih kurang macam tulah...!!

Nampak pada gayanya macam dia orang tapau semuanya di bawah satu bumbung. Mathias akan mengarah filem itu, isteri dia jadi penerbit.

Sekarang ni pre-pro mencari pelakon-pelakon dah pun bermula. Adza dah pukul canang dalam facebook minta sapa-sapa yang nak berlakon daftarkan diri. Nampaknya dah ramai juga yang mendaftarkan untuk jadi pelakon filem itu.

Aku suka kawan-kawan dapat projek gitu. Aku doakan Mathias dan Adza berjaya dengan filem itu.

Tapi kalau boleh, agih-agihkan sikit kerja-kerja kepada kawan-kawan. Janganlah nak tapau di bawah satu buimbung aje!!

Apa-apa pun, tahniah Mathias. Aku dapat jadi pelakon tambahan pegang penyapu pun tak apa. Kehkehkehkeh......!!!!