Rabu, 3 November 2010

Jangan Galas Batu

Besok masyarakat Galas dan Batu Sapi akan menentukan nasib mereka. Pilihan yang tepat akan memberikan mereka kesenangan dan banyak kemudahan yang akan diperolehi. Tetapi kiranya tersalah pilih...terpaksalah galas batu sehinggalah ke pilihan raya sekali lagi!

Aku menulis tanpa berpihak pada mana-mana. Kanan aku tak campur...kiri pun aku gaul!! Aku tak pernah ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana bahagian. Pengalaman pernah membantu...memberikan aku satu pengajaran supaya tidak campur tangan lagi! Enough is enough!!

Biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. Senang susah aku tak pernah menagih dari sesiapa. Makan pakai aku usahakan sendiri. Biar hidup papa asalkan tak kendana!!

Aku tak mahu masuk campur dalam tuduh menuduh!!!! Sedangkan amal ibadat kita belum tentu cukup untuk ke akhirat! Kepada sesiapa yang kaya raya dan hidup mewah dengan hasil rasuah...tanggunglah sendiri.

Bila dah menang pilihan raya...dapat jadi orang penting....tak kiralah sama ada sebagai wakil rakyat ataupun jadi menteri....semuanya pentingkan diri sendiri saja! Bercakap bergegar-gegar, tapi habuk pun tak ndak!

Bila ada lensa TV, mulalah tonjolkan diri! Akulah yang buat kerja. Akulah yang banyak berjasa pada rakyat! Akulah yang paling hebat! Hakikatnya....janji poket penuh...akaun bank banyak duit. Itu sebenarnya jasa yang dibuat!

Beli kereta mewah berderet-deret...buat rumah bagaikan istana. Shopping semua jenama branded...kalau holiday mesti ke Eropah....nak main salji! Lumpur kat sawah padi tu jijik! Nantikan tak dapat nak tackle artist-artist jadi girlfriend.

Kalau semasa ceramah pilihan raya lembut gigi dari lidah. "Sayalah calun yang paling sesuai. Saya akan bantu naik taraf masyarakat setempat". Tapi bila dah menang, kumpul harta hingga ke luar negara. Biarkan rakyat susah asalkan diri sendiri kaya raya.

Hinggakan sekejap tadi aku pergi ke beberapa buah kedai runcit untuk beli sekilo tepung gandum pun semua kedai tak ada stok. Alasan pekedai sebab nak sambut Deepavali...stok tak habis! Mana menteri bertugas? Takkan benda macam ni pun tak boleh pantau?

Itu tak kira lagi harga barang-barang yang dah melambung! Rakyat makin susah...wakil rakyat dan menteri hidup senang lenang!!