Isnin, 21 Jun 2010

Mandi Air Longkang



Kata orang kalau nasib kerap ditimpa malang, kena mandi bunga untuk buang sial. Itu sebenarnya kepercayaan yang syirik.

Apapun aku bukan nak sentuh fasal agama. Aku cuma kesian pada sorang kawan penulis skrip. Kerap sangat dia dimainkan oleh produser. Lepas satu satu tak habis-habis.

Mula-mula dulu dia kena 'main' pada sorang produser bergelar Dato' J.... Singh. Tapi nasib baik bukan macam si-Siput tu yang kena kat Anwar. Kalau tidak jenuh pula naik turun makhamah. Kakaka....!

Baru 2 minggu lepas pula dia mengamuk depan aku ketika kami menonton RTM2. Alih-alih keluar satu cerita berepisod bertajuk 'Rias Mutiara' yang diterbitkan oleh sorang pelakon terkenal. Katanya proposal cerita itu dia yang buat dan dia tahu sudah diluluskan oleh RTM. Cuma dia menunggu produser itu bayar advance untuk dia mula menulis.

Tapi bila dah keluar kat TV tu maknanya skrip cerita itu dah ditulis oleh orang lainlah. Kesian dia....!

Tiga hari lepas pula dia dapat tahu siri 'Pintu Taubat' yang dia tulis proposal telah selesai shooting. Maknanya penulis lain juga tulis skrip itu.

Aku kesian juga kat kawan aku tu! Ketika aku dah masuk dalam kereta nak beredar dari rumahnya, sempatlah aku jerit suruh dia mandi air longkang. Kakaka....!

Tapi silap silap buat, aku rasa produser tu nanti kena jirus air longkang! Baru padan muka tu! Hahaha...!