Rabu, 23 Jun 2010

Ayuh Kita Demonstrasi



Ayuh Kita Demonstrasi Hari ini!" membuka tirai diskusi kita hari ini. Laungan yang saban hari kita dengar samada di dada akhbar atau di kedai kopi. Bersemangat untuk mengajak manusia berdemontrasi untuk mengutuk Yahudi. Membakar bendera Yahudi.

Apa kesudahannya?

Sebenarnya Demonstrasi ini bukanlah Islamik. Ianyai diperkenalkan oleh Yahudi itu sendiri kepada dunia untuk memusnahkan sistem ISLAM dan menjadikan kita patuh kepada Yahudi. Antara strategi utama Yahudi untuk melemahkan sesebuah negara yang tidak patuh kepada mereka dengan menganjurkan Demonstrasi jalanan melalui agen-agen dalaman sebagaimana hadis ini,

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab,

“Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

Sebenarnya ISLAM mengajar kita semua untuk sentiasa melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh hikmah tanpa menjurus kepada suasana yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan membuka ruang untuk menimbulkan kejadian tidak diingini sebagaimana firman Allah bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125)

Demonstrasi yang dilakukan bukanlah jalan keluar. Bahkan saya beranggapan bahawa hal itu termasuk daripada sebab musibah, kebencian manusia dan terjadinya permusuhan di antara manusia yang tidak sesuai dengan kebenaran. Adapun cara yang disyariatkan yakni: menulis surat, memberikan nasihat serta berdakwah kepada kebaikan dengan jalan ditetapkan syariat yang tentunya dijelaskan caranya oleh ahli ilmu, sahabat Rasulullah dan orang yang mengikuti Baginda dalam kebaikan yakni dengan menulis surat dan berhadapan langsung dengan pemimpin untuk memberikan nasihat tanpa menyebarkan perbuatan mereka lakukan di atas mimbar sehingga menimbulkan sesuatu tidak diinginkan, hanyalah Allah yang menjadi penolong.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain Allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.” Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw.

Apabila kita ada masalah dan mungkin tidak suka kepada sesuatu kaum atau kerajaan maka bermunajatlah dengan solat dan doa kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang memilih KUASA sesebuah kerajaan dengan pelbagai cara yang Allah lebih Maha mengetahui bukan dengan berDemonstrasi di jalanan yang merupakan budaya YAHUDI dan sudah pasti semangat iblis akan meresapi kejiwa penDemonstrasi dan pihak keselamatan. Iblis dan Musuh-musuh Islam memang menunggu sahaja peluang untuk melemahkan IMAN umat Islam.

Di sisi Allah urusan Demonstrasi ini terlalu kecil. Allah hanya melihat IMAN dan AMAL umatnya dengan mengikut Perintah ALLAH dengan cara hidup atau sunnah Nabi saw. Lebih baik kita risau melihat umat Islam yang tidak solat 5 waktu dan Rumah Allah yang kosong setiap kali solat 5 waktu walaupun semua umat Islam tahu bahawa Solat 5 waktu ibadat yang paling penting yang yang diperintahkan Allah terus tanpa perantaraan kepada Nabi saw ketika Israk Mikraj.

Rasulullah SAW dan sahabat juga melalui pelbagai ujian dan fitnah yang begitu hebat pada zaman mereka, namun tidak ada seorang pun daripada mereka menggunakan cara demonstrasi untuk meluahkan ketidakpuasan hati. Ia menunjukkan budaya demonstrasi bukan sebahagian tuntutan syarak.

Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Penuhkan setiap ruang surau dan masjid 100% dan adakan "connection" dengan Allah secara terus. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin Al-Ayubi, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain untuk menarik atau mendapat bantuan Allah secara terus. Ingatlah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Mintalah bantuan Allah dengan mendirikan solat secara khusuk dan khuduq dan pasti dan pasti bantuan Allah akan datang.

Umat pada hari ini, masih mendedahkan aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggalkan solat, budaya hedonisme, suka kepada harta berlebihan masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gossip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis yang semuanya berpaksi kepada kehidupan Yahudi dan Nasrani. Jadi kita sebenarnya yang telah lama tewas tanpa kita sedari.

Sebagai seorang muslim sudah mestinya kita bersedih melihat saudara-saudara kita di Palestin dan serata dunia yang di tindas oleh Yahudi dan Nasrani. Ini termasuklah krisis kemanusiaan yang menimpa Palestin, selatan Thailand, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Kashmir.

Adalah wajar kita menangisi susah payah mereka tetapi bukan dengan cara demontrasi. Kita semua umat Islam adalah bersaudara sebagaimana hadis ini,

Nu’man bin Bashir ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kalian akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit" (Misykat : 422)

Dalam suasana sebegini kita pasti tertanya-tanya apa sebenarnya telah terjadi kepada umat Islam yang suatu ketika begitu digeruni dan dihormati kawan mahupun lawan? Sejarah gemilang umat Islam suatu ketika, seolah-olah sudah punah dan hanya tinggal untuk dinostalgiakan sebagai mimpi indah yang tidak mampu dijelmakan semula ke alam realiti hari ini.

Lebih mendukacitakan apabila umat Islam begitu mudah diperlekehkan dan terus diperkotak-katik dan diperlakukan sesuka hati oleh musuh-musuh Islam yang tidak lagi gentar dan gerun kepada umat yang pernah menguasai dua pertiga dunia suatu ketika dulu.

Mungkin benarlah apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Sememangnya gambaran hadis ini sudah pun terjelma dalam realiti umat Islam kini. Penindasan yang berterusan ke atas umat Islam bukan kerana mereka sedikit. Bahkan berdasarkan maklumat CIA Fact Book bilangan umat Islam seluruh dunia melebihi 1.6 bilion atau satu perlima penduduk dunia iaitu kedua terbesar selepas Nasrani. Walau bagaimanapun bilangan yang ramai sahaja tidak memadai jika kualitinya umpama buih yang mudah berkecai tatkala dilambung ombak dan dihempas badai ke tepian.

Apa yang pasti berlakunya pencabulan hak-hak asasi umat Islam yang semakin berleluasa adalah kerana umum mengetahui negara-negara Islam termasuk organisasi antarabangsanya seperti OIC tidak berupaya melindungi mereka.

Penindasan terhadap umat Islam secara terbuka oleh musuh-musuh Islam semakin menjadi-jadi kerana mereka mengetahui umat tidak mampu melakukan apa-apa. Kerana Iman umat Islam kini terlalu lemah dan sudah tewas dengan dunia.

Usahkan untuk mengambil tindakan ketenteraan, sekadar memutuskan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang menyokong tindakan penindasan ke atas umat Islam pun mereka tidak bersedia. Ia merupakan bukti nyata tentang ketandusan semangat solidariti umat seagama di kalangan negara-negara Islam kini.

Tidak sukar untuk mencari punca kepada segala kebejatan yang ada. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana umat Islam rata-rata sedang menderitai penyakit "wahan" sebagaimana gambaran Rasulullah. Wabak "wahan" yang merebak kini telah berjaya merobek kekuatan dan melumpuhkan kesepaduan umat Islam.

Natijah penyakit "wahan" ini sememangnya menggerunkan kerana dunia menyaksikan kelahiran umat baru berwatak kebinatangan yang begitu rakus pada dunia dan takut pada risiko. Kerakusan terhadap dunia banyak dimanifestasikan dalam pelbagai watak kebinatangan yang lahir dalam diri umat Islam kini. Sebagai contoh dewasa ini, sifat binatang ada dalam manusia, yakni kes buang dan bunuh anak.

Bagi yang rakus berpolitik misalnya, watak binatang politik sering kali menjelmakan manusia yang hilang kewarasan dan pertimbangan akal budi insani hingga tergamak mempertaruhkan maruah dan agama demi kuasa dan takhta.

Manakala manusia berwatak binatang ekonomi pula rakus terhadap kekayaan material sehingga sanggup melahap keuntungan tanpa kawalan halal haram dan nilai-nilai moral dan etika. Kerakusan terhadap kebendaan jugalah yang menjelmakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan natijah tindakan terhadap orang lain.

Kedua-dua sifat kebinatangan sama ada dalam politik mahupun ekonomi inilah yang menghancurkan kualiti keinsanan yang selama ini kuat menunjangi dan menerasi keperibadian umat Islam. Lantaran terlalu rakus kepada keduniaan umat tidak lagi sanggup diajak berjuang dan berkorban membela Islam kerana takut rugi, takut susah, takut jatuh, takut hilang pangkat dan takut macam-macam lagi.

Sikap mementingkan diri dan berlumba-lumba mengejar habuan duniawi juga sering kali memerangkap umat sehingga membudaya amalan cantas-mencantas, tikam-menikam, fitnah-memfitnah, cela-mencela dan mengadu-domba sehingga menjatuhkan martabat keinsanan dan maruah umat Islam sendiri. Sikap terlalu cintakan dunia ini jugalah yang akhirnya meruntuhkan solidariti dan memecahkan ikatan kesatuan umat Islam.

Begitulah malapetaka besar yang sedang menimpa umat ini lantaran terlalu mengagung-agungkan kekayaan dan kekuasaan tanpa berteraskan ketakwaan dan keimanan. Akhirnya lahirlah manusia berkualiti buih yang berbudaya foya-foya tetapi pengecut, hilang daya juang dan tidak berani menghadapi risiko.

Ayuh sahabat-shabat ku semua kita perbaiki diri kita ini. Sebenarnya Allah telah menampar kita dengan adzab yang tak berkesudahan. Selain penindasan dan pembunuhan, Bencana Alam adalah ancaman besar yang telah menimpa kita. Tsunami Aceh, gempa Jogja, Banjir, Tanah Runtuh, kebakaran, Banjir Lumpur, adalah sebagian dari hebatnya Adzab Allah kepada kita. Ada apa dengan kita sehingga Allah begitu Murka dan menyeksa kita dengan bencana-bencana. Kemarau dimana-mana. Kelaparan yang menimpa saudara-saudara kita di Ethiopia, kecelakaan di merata-rata menimpa negara-negara Islam.

Apakah cukup dengan bertaubat akan memadam murka dan kemarahan Allah. Sebenarnya yang menjadi penyebabnya adalah kita sendiri. Kerana kita ummat Islam telah jauh dari agama. Ummat Islam telah banyak membuat murka kepada Allah. Sehingga membuat Allah Swt. begitu marah. Ummat islam telah jauh dari syariat dan agama hingga Allah bantai kita melalui tangan-tangan kafir dan bencana alam.

Lihat sejarah saat di mana kunci Kota Baitul Maqdis diserahkan secara sukarela oleh pendeta yahudi Sofronius kepada Khalifah Umar bin Khattab. Mereka menyerah tanpa syarat, kerana mereka tahu bahwa mereka tak akan mampu melawan sahabat-sahabat nabi. Kedatangan sahabat-sahabat nabi telah menggerunkan kaum yahudi sehingga mereka tak ada kemampuan untuk melawan. Umar bin Khattab beserta pimpinan pasukan muslimin pada saat itu, Abu Ubaidah bin Jarrah dengan penuh keyakinan akan memenangkan dan membuka kota Baitul Maqdis (Palestin). Saat itu Yahudi telah menaburkan emas dan permata serta wanita-wanita telanjang di pinggir-pinggir jalan untuk menipu dan menggoda para sahabat, kerana mereka tahu bahawa dengan peperangan mereka tak akan mampu. Namun apa yang terjadi ketika para sahabat-sahabat melalui jalan-jalan yang dipenuhi dengan emas dan permata serta wanita-wanita cantik. Mereka para sahabat-sahabat nabi tidak menghiraukan sedikitpun kepada taktik-taktik yahudi itu. Sehinggakan utusan yahudi melapurkan kepada pendeta mereka, bahawa para sahabat-sahabat nabi bukanlah manusia. Mereka tak memiliki selera kepada harta dan wanita. Allah telah tundukkan pandangan mata dan hati mereka kepada tipuan dunia, kerana mereka hanya yakin kepada Allah. Dengan keyakinan dan Iman yang sempurna kepada Allah mereka telah kalahkan yahudi begitu mudah. Hingga pendeta yahudi dapat membuktikan apa yang tertulis di kitab mereka bahawa pembebas Baitul Maqdis adalah Umar bin Khattab dan sahabat-sahabat, kaum yang tidak pernah tergiur dengan kebendaan dan keduniwian, kaum yang selalu menjunjung perintah Allah dan nabinya dengan penuh kesungguhan, kaum yang selalu mengikuti dan yakin dengan sunnah dan kata-kata nabinya.

Maka untuk kita hari ini untuk mengalahkan zionis Yahudi dan Israel tidak mampu dengan kekuatan senjata. Demi Allah mereka jauh lebih hebat dalam persenjataan. dari sumber kekayaan mereka lebih kaya dari kita. Jika muslim di Palestin ingin menang melawan Yahudi, mereka harus punya Iman dan keyakinan sebagaimana sahabat-sahabat nabi. Hanya dengan Iman yang sempurna mereka akan gentar. Selama muslim masih yakin kepada mahluk maka muslim akan kalah. Selama Muslim jauh dari Allah dan rasul-Nya maka Allah tidak akan bantu kita. Semua telah dijelaskan dalam Alquran bahwa Allah hanya akan bantu orang-orang yang memiliki Iman yang sempurna. Nusratullah datang bersama orang yang memiliki Iman dan keyakinan sempurna kepada Allah. Selama kemewahan dan kecantikan dunia ada dalam hati kita, maka kita akan selalu menjadi bangsa yang mudah dikalahkan.

Sebenarnya berat bagi saya untuk mengatakan hal ini. Dimana sekarang sebahagian besar kita menyuarakan kekebasan terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Namun bagi saya yang haq mesti saya sampaikan. Masalah di Palestin adalah masalah klasik. Dari dahulu hingga sekarang tidak ada hujung pangkalnya dan tidak akan selesai-selesai. Memang jika kita mahu membantu muslim Palestin yang sedang dilanda musibah sekarang ini, akan mendatangkan pahala besar di sisi Allah. Namun Bantuan Allah/ Nusratullah tidak akan datang. Selama kita tidak mahu membantu agama Allah. Bantuan Allah hanya akan datang jika kita mahu membantu agama Allah yang telah ada sejak lama di bumi para nabi, Palestin itu.

Dengan mendakwahkan Iman dan Islam agar muslim kembali kepada agama yang betul sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat maka Allah akan bantu muslim dimanapun jua kita berada. Jika kita kembali kepada akidah yang sempurna maka Allah akan bantu kita diseluruh belahan dunia. Bagi Allah mudah sekali untuk menghancurkan zionis Yahudi. Senjata mereka tak ada kekuatan apa-apa. Senjata mereka hanya sebatang ranting yang mudah sekali untuk dipantahkan. "Laa Hawla walaaquwwata illa billaah" Tidak ada kekuatan dan daya upaya selain dari kekuatan Allah Swt. Selama muslim kembali kepada agama dan iman kepada Allah Swt. maka Allah akan redakan bencana-bencana, dan keadaan akan Allah berubah. Keadaan kacau-bilau akan Allah jadikan aman, bencana menjadi rahmat.

Dimanapun kita berada hendaknya kita sentiasa mendakwahkan agama ini kepada siapa saja. Orang seluruh dunia mesti tahu bahwa islam pembawa rahmat bukan penyebab musibah. Islam adalah agama damai. Namun ummat islam mesti mengamalkan agama ini dengan sempurna, sebelum mengajak kepada orang-orang bukan islam. Jika ummat islam tidak mengamalkan agama dengan betul maka kita umat islam belum boleh mendakwahkannya kepada ummat bukan muslim. Umat Islam harus kembali kepada Allah dan yakin kepada Allah. Islam harus diamalkan dengan sempurna baru bantuan Allah akan datang. Jika kita belum mengamalkan islam dengan betul maka kita akan jadi bahan ketawa dan ejekan umat lain terutama yahudi dan nasrani. Iman, ibadah, muamalat, muasyarah, dan ahklak kita mesti kita perbaiki. Jika islam sudah sempurna diamalkan maka maka orang lain akan terkesan.

Peperangan bukanlah satu-satunya jalan untuk memenangkan ummat islam dari penindasan. Peperangan yang terjadi pada zaman Rasulullah dan Sahabat adalah ketika ummat islam telah melakukan dakwah. Dakwah dulu baru peperangan terjadi. Peperangan pada zaman nabi ada prosesnya. Ketika Rasulullah mengutus sahabat-sahabat untuk menakluki Persia dan Rum, Rasulullah selalu berpesan kepada Sahabat untuk mendakwahkan islam kepada mereka. Jika mereka menerima islam maka mereka tidak akan diperangi. Dan jika mereka menolak namun tidak menentang islam maka diharuskan membayar jizyah/ pajak dengan jaminan keamanan kepada mereka. Jiwa, harta dan hak mereka mendapat perlindungan penuh dari ummat islam. Nyawa mereka dijamin keamanannya. Namun jika mereka menolak dakwah dan menentang, baru mereka diperangi. Dan ketika sahabat-sahabat berperang terhadap kaum yang menentang dakwah dengan memancung leher-leher mereka namun dalam diri sahabat mereka menagis dan sedih kerana para penentang itu akan masuk kedalam neraka kerana menolak agama islam. Sahabat-sahabat berperang dengan hati yang penuh hiba kepada kaum kafir kerana mereka tidak selamat dari api neraka. Dalam peperangan pun tidak boleh membunuh wanita dan anak-anak. Musuh yang telah menyerah dilarang untuk dibunuh. Tawanan harus dilayani dengan baik. Dan ulama mengatakan berperang tanpa buat dakwah maka sama seperti solat tanpa wudhu. Dalam peperangan pun ada tata caranya.

Berbeza dengan peperangan zaman ini, yang dipenuhi dengan kebencian dan amarah. Islam memburu siapa saja. Peperangan zaman ini tanpa cara yang betul. Prosesnya pun tidak betul. Sehingga kesan terhadap islam berubah bahwa islam adalah agama kekerasan dan suka membunuh sehingga orang kafir mengatakan islam agama terrosis. Kita belum dakwah tapi sudah membunuh orang lain. Muslim teriakkan jihad walau mereka belum dakwah. Dan muslim yang berperang yakin kepada senjata bukan yakin kepada Allah. Muslim berperang tapi tidak mengamalkan agama dengan betul.

Inilah keadaannya sekarang ini. Maka perlu ada perubahan. Siapa perlu berubah? Kitalah yang perlu berubah. Ummat islam harus kembali kepada Allah. Jika ingin meminta pertolongan Allah maka kita perlu perbaiki Iman kita. Mendakwahkan agama Allah adalah sama dengan membantu agama Allah. Al Quran katakan dengan mahfumnya,

"Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan akan menegakkan kakimu diatas musuh-musuhmu" (QS. Muhammad : 7)

Oleh itu marilah kita umat Islam kembali kepada Islam yamg sejati. Yakin kita kepada Kalimah syahadah kena diperbetulkan. Kena yakin pada Allah 100%. Tarik khazanah Allah Taala.

Kesimpulannya setiap individu kena amal agama ini secara sempuran sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita kena belajar keluar bermujahadah di jalan Allah dan sebar agama. Sesiapa yang bantu agama Allah, maka Allah akan bantu dia. Maka kena usahakan agama sebagai maksud hidup.

Oleh: Rosli Hanip

Terima kasih sdra Rosli Hanip kerana mengizinkan saya menerbit semula entri ini di blog saya.