Harapan saya pun agar PROFIMA pun tidak begitu...saya dah 9 tahun dalam bidang entertainment . . .tapi masalah crew technical dan produksi masih ada belum terbela.
Kenapa mereka yang bernaung di bawah PPFM (sekarang PROFIMA) yang tiada kerja tidak mendapat bayaran dari penerbit dan masih bekerja lebih dari 12 jam tidak terbela?
Kenapa masih ramai tenaga profesional dalam industri hiburan ini tidak mendaftar menjadi ahli PROFIMA? Adakah lawatan PROFIMA ke lokasi penggambaran untuk memantau hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja ?
Selidik dan mengkaji cara mengatasi masalah crew filem kita sekarang. Cadangan saya agar sebelum penggambaran filem atau drama, kontrak yang di tandatangan antara crew dan penerbit perlulah disahkan oleh pihak PROFIMA dan FINAS. Setelah disahkan dan mendapat kelulusan pihak bertanggungjawab ni, barulah kontrak diserahkan pada crew yang bekerja.
Kenapa perlu begini? Kerana ketulusan pihak penerbit masih diragui dan banyak penerbit di Malaysia ini masih menganiyai tenaga kerja filem kita dengan janji manis mereka.
PROFIMA DAN FINAS perlu tahu isi kandungan kontrak antara penerbit dan tenaga kerja, barulah terbela nasib ahli PROFIMA kita sekiranya masalah timbul.
Banyak penerbit -penerbit drama dan filem masih menabur janji dan menipu pihak crew kita, mengapa pihak PROFIMA tidak memandang isu ini serius dan barah dalam industri hiburan kita?
Harapan saya pihak presiden dan AJK tertinggi PROFIMA lebih profesional dalam mengatasi masalah ahli serta mengemudi PROFIMA untuk menjadi contoh pada persatuan yang lain.
Ada produksi tiada SPP dan insuran kelompok pada crew dan artis serta bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 pagi ( 21 jam ), adakah pihak PROFIMA tahu? Tolong campur tangan dalam hal kontrak crew dan penerbit.
Sudirjan Ahmad Kunjoo