Selasa, 29 Jun 2010
Sikap Bertangguh
Hari ini saya izinkan saya membawa sebuah cerita. Cerita ini perlu saya kongsikan disini kerana saya rasa perkara ini telah menjadi sebati dalam diri terutamanya umat Islam melayu termasuk diri saya. Jadi sama-samalah kita ambil iqtibar darinya, amalkan dan sampaikan kepada semua sahabat-sahabat kita yang lain, insyaallah.
Cerita berkenaan dengan sikap suka BERTANGGUH.
Panggilan jihad bergema memanggil sahabat dan menyeru semua sahabat agar bersiap sedia untuk menyahut panggilan ini. "Hayya Ala Jihad" (marilah berjihad) pada ketika itu sebuah peperangan akan berlaku iaitulah peperangan yang kita kenali sebagai perang tabu'. Selesaii solat subuh rombongan tentera islam bergerak menuju ke medan pertempuran, meninggalkan seorang sahabat Rasulullah bernama Kaab Bin Malik. Kaab Bin Malik merupakan seorang sahabat yang releks, dan suka bertangguh dalam melakukan sesuatu, walaupun panggilan jihad telah mengegarkan kota Madinah, namun beliau masih lagi tidak bersiap sedia untuk peperangan tersebut.
Banyak spekulasi yang diberikan oleh sahabat lain tentang ketidakhadiran Kaab bin Malik ini dalam peperangan, ada yang mengatakan Kaab bin Malik ini terhalang oleh selimutnya (tidur) dan ada pula yang menidakkan pendapat tersebut, namun Rasulullah ssentiasa senyum dan bersifat Husnu Zon dengan pendapat sahabat.
Setelah berakhirnya peperangan yang dimenangi oleh Muslimin ketika itu, Rasulullah bersama tentera islam pulang ke Madinah dan sebelum itu Baginda selalunya bersolat di Masjid dahulu sebelum pulang ke rumah Baginda. Setelah Rasulullah selesai solat seramai 80 orang rijal yang tidak hadir dalam peperangan beratur untuk berjumpa dengan Rasulullah bagi memberi alasan kepada baginda termasuklah Kaab bin Malik. Kaab bin Malik menerangkan dengan jujur tanpa membela diri atau berhasrat untuk menipu.
Hilang senyuman Rasulullah dan Rasulullah menyuruh Kaab Bin Malik pulang dan Rasulullah tidak mahu berjumpa dengannya sebelum Allah putuskan hukuman kepada Kaab Bin Malik. Selepas itu beliau dipulaukan oleh sahabat-sahabat lain atas arahan Rasulullah, setelah 40 hari, Rasulullah menyuruh isterinya untuk tinggalkan Kaab Bin Malik untuk seketika, bertambah duka perasaan Kaab Bin Malik. Diwaktu itu orang muysrik datang kepada Kaab Bin Malik menawarkan pangkat dan harta sekiranya Kaab Bin Malik keluar dari Islam, namun iman di dada Kaab Bin Malik menidakkan semua itu. (Bayangkan umat islam dah memulaukannya namun beliau masih lagi sayang pada islam, adakah kita sekuat itu? Allahu Akhbar!)
Selepas 50 hari pemulauan maka turunlah ayat Allah surah At-taubah ayat 117
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang2 muhajirin dan ansar yang mengikuti Nabi dalam masa susah". Turunnya ayat ini, maka nabi mengetahui bahawa ayat ini adalah untuk Kaab Bin Malik kerana sewaktu perang badar dahulu, Kaab bin Malik bersama-sama Rasulullah berjuang menegakkan Islam diwaktu kesusahan. Maka Sahabat nabi pun menjerit " wahai Kaab bergembiralah kamu, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu" mendengar jeritan itu, Kaab Bin Malik terus sujud syukur kepada Allah seraya menginfaqkan semua hartanya untuk jalan Allah, namun niatnya dihalang oleh nabi dengan menyuruhnya menginfaqkan sebahagian sahaja dari harta beliau.
Wahai rakan-rakanku sekalian, dapat kita lihat betapa besarnya kesannya sekiranya kita mempunyai sifat bertangguh ini. Kesannya bukan pada diri kita, tetapi pada orang lain juga. Bertangguh ini semuanya berpunca dari bisikan syaitan yang membisikkan di telinga setiap anak adam yang ingin membuat esuatu yang baik, tetapi disebabkan sikap bertangguh ini maka banyak amalan yang baik tidak terjadi. Sebagai contoh bangun subuh, inilah masalah umat sekarang, waktu ini ramai manusia ingin bertangguh apabila mendengar panggilan azan masih lagi lena dengan tidur, walaupun kadang-kadang sudah sedar tetapi sengaja membiarkan diri lena dibuai mimpi. Bagaimana islam mahu tertegak sekiranya mentaliti umat islam masih lagi dibelenggu dengan sifat-sifat seperti ini.
Mengapa orang-orang lain di serata dunia yakni negara maju, mereka maju dalam pelbagai segi, kerana mereka berdisiplin, dan mereka menepati masa dan tidak suka bertangguh. Itulah yang saya rasa kita lemah dan masih lagi kurang. "istilah janji melayu" itu diagungkan dan dianggap sebagai biasa, tidak ada rasa sikit pun malu dalam diri. Bukankan dalam 10 muwasafat tarbiyah Hassan Al-Banna telah diterapkan betapa pentingnya menepati masa dalam diri individu muslim? tetapi kita melihat perkara ini sebagai perkara yang remeh. Oleh itu saya menasihati diri dan rakan-rakan sekalian agar mengikis sifat bertangguh ini, kita ingin memerintah dunia suatu hari nanti, bukan mudah, hanya dengan tarbiyah yang mantap mampu mendisiplinkan diri kita. Jika kita berdisiplin, kita menepati masa dan tidak suka bertangguh dan yang terpenting kita beriman 100% kepada Allah SWT maka kita akan lebih baik daripada mereka dan bila yakin kita kepada Allah SWT tinggi maka Allah SWT akan sentiasa membantu kita dalami segala segi.
Jadi bagaimana untuk berjaya di dunia dan di akhirat? Jawapannya hanya satu yakni amalkan agama secara sempurna. Bagaimana? Ikuti segala perintah Allah, tinggalkan segala larangannya sebagaimana yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang di praktikkan oleh para Sahabat radiallahuanhum.
Ayuh kita renungkanlah akan perkara ini setiap hari ketika bersunyian sendiri. Semuga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah kepada kita semua untuk beramal, insyaallah.
Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya....
"foods, drinks, clothes, monies, cars, homes, families are given... some have more, some have less... the one that needs efforts is hidayat... that is not given..."
Oleh: Rosli Hanip
Langgan:
Catatan (Atom)